Terpaksa berjaga malam, tunggu air paip keluar - Utusan Malaysia

Terpaksa berjaga malam, tunggu air paip keluar

DUA penduduk termenung sambil menunggu bekalan air di Kawasan Perumahan Cina, Taman Rantau Jaya hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Lebih 100 keluarga dari Kawasan Perumahan Cina, Taman Rantau Jaya, di sini terpaksa berjaga hingga tengah malam demi mendapatkan bekalan air bersih.

Ini kerana hanya pada waktu tersebut paip air di kediaman mereka mulai pulih daripada gangguan bekalan.

Wakil penduduk, Saw Phek Inn, 41, berkata, masalah tersebut berlarutan hampir dua tahun dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian konklusif diambil pihak berkuasa.

“Kami sudah membuat aduan kepada pihak berkenaan namun masih belum ada tindakan kecuali petugas mereka datang membuat pemeriksaan sahaja.

“Saya merayu kepada pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) supaya turun padang untuk melihat sendiri masalah ini dan menyediakan pelan penyelesaian jangka panjang,” katanya.

Phek Inn memberitahu, walaupun bekalan pulih pada tengah malam, tekanan air biasanya rendah sehingga mereka mengambil masa panjang memenuhkan tadahan masing-masing.

“Pada waktu siang bekalan tiada terus. Situasi ini cukup mencabar terutama kepada golongan warga emas yang tinggal sendirian,” jelasnya.

Phek Inn berkata, sebagai langkah alternatif ada dalam kalangan penduduk terpaksa membeli tangki untuk digunakan bagi menadah air.

“Kami pernah bercadang untuk membina telaga tiub, namun tidak sesuai kerana air yang keluar mengeluarkan bau,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya