Tarik sokongan: Parti politik bebas buat keputusan - Utusan Malaysia

Tarik sokongan: Parti politik bebas buat keputusan

WAN Saiful Wan Jan ketika berucap menyempurnakan program Bantuan Persekolahan 2021 anjuran PTPTN dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Sembilan di Senawang, Seremban hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mana-mana parti politik bebas untuk membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju masing-masing termasuk dalam isu berkaitan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau juga menghormati segala keputusan yang dibuat oleh parti politik lain namun berharap kepentingan politik orang Melayu dapat dijaga dan terbela.

“Kita hormati semua keputusan parti memandangkan setiap parti ada kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing. Dalam Bersatu, kami komited untuk mengukuhkan PN selain memastikan perikatan ini terus mendapat pengaruh dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Bantuan Persekolahan 2021 anjuran PTPTN dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Negeri Sembilan di Senawang hari ini.

Beliau mengulas desas-desus mengenai laporan berhubung terdapat desas desus akar umbi UMNO akan membawa usul meminta pucuk kepemimpinan UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Usul tersebut akan dibawa dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri yang berlangsung tiga hari bermula 1 Januari depan.

Mengenai laporan tiada petanda Parlimen akan dibubarkan dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan dilaksanakan dalam masa terdekat susulan penularan wabak Covid-19 yang belum reda, Wan Saiful berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa serahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan bila tarikh yang sesuai,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya