Sultan Selangor berangkat tiba di Masjid Ar-Rahah - Utusan Malaysia

Sultan Selangor berangkat tiba di Masjid Ar-Rahah

KENDERAAN Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba ke Masjid Ar-Rahah di sini sebentar tadi.-UTUSAN/OMAR ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba ke Masjid Ar-Rahah bagi menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin kira-kira 9.15 pagi tadi.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Ar-Rahah selepas solat Zuhur dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Rahah meninggal dunia kira-kira 5 petang semalam.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court pada usia 87 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya