Sultan perkenan lantik MB setelah calon miliki majoriti sokongan DUN - Utusan Malaysia

Sultan perkenan lantik MB setelah calon miliki majoriti sokongan DUN

MOHD. Annuar Zaini ditemui pemberita di pekarangan Istana Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hanya akan memberi perkenan pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu setelah baginda diyakinkan calon tersebut mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, sejak dua hari lalu, baginda telah menerima menghadap beberapa pemimpin tertinggi parti bagi menyembah maklum perkembangan terkini parti masing-masing.

“Hari ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut diperkenan Sultan Nazrin untuk menghadap baginda di Istana Kinta yang mana beliau telah menyembah maklum perkembangan terkini dari sudut UMNO dan rumusan yang dicapai dalam menyuarat khas perhubungan UMNO semalam.

“Peranan baginda sultan (memperkenankan pelantikan Menteri Besar) hanya setelah diyakinkan calon yang dipersembahkan itu mempunyai sokongan majoriti mudah. Pihak istana juga bersedia untuk diyakinkan sudah ada calon untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak yang baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Menurut Mohd. Annuar, selepas Ahmad Zahid, tiada mana-mana pihak yang memohon untuk menghadap baginda.

“Setakat ini tiada, namun saya tidak boleh ulas kerana dinamik (keadaan politik). Jika ada saya akan maklumkan kepada media” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Nazrin pada pukul 10 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya