Sultan Perak berkenan bertemu Pas - Utusan Malaysia

Sultan Perak berkenan bertemu Pas

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas memaklumkan bahawa parti itu telah mendapat perkenan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Presidennya, Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, beliau belum bersedia untuk mendedahkan tarikh beliau dijemput ke istana bagi menghadap Sultan Perak.

“Kita telah sembah permohonan dan sudah diterima cuma saya tidak mahu beri tarikh bila untuk menghadap. Tiba masa kita akan menghadap,” katanya kepada media pada sesi Dialog Bersama Media ibu pejabat Pas di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Hadi memohon menghadap Sultan Perak, namun, difahamkan belum ada penepatan tarikh berhubung perkara tersebut manakala semalam, belia mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon menghadap Sultan Nazrin.

Ia susulan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak hadir untuk sesi menghadap yang dijadualkan pada Selasa lalu di tengah ketidaktentuan politik berkenaan calon Menteri Besar baru.

Pas sebelum ini menjelaskan bahawa parti itu memutuskan untuk ‘menangguhkan’ menghadap Sultan Nazrin kerana kepemimpinan pusat partin belum memutuskan sokongannya terhadap Saarani sebagai menteri besar Perak yang baharu.

Mengulas berkenaan krisis politik yang berlaku di Perak sebelum ini, Hadi berkata isu politik di negeri itu sudah berakhir selepas ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

“Sebahagian besar sudah diselesaikan, menteri besar dan lima exco kerajaan negeri telah pun dilantik. Baki (exco) ikut proses (berdasarkan) perlembagaan negeri Perak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.