SPRM diminta beri penjelasan kepada PAC - Utusan Malaysia

SPRM diminta beri penjelasan kepada PAC

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan laporan Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang diterbitkan baru-baru ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, ini berdasarkan angka dalam laporan yang menunjukkan ketidakyakinan rakyat Malaysia terhadap integriti pentadbiran awam serta anggota- anggotanya.

“Berdasarkan laporan barometer diterbitkan Transparency International itu, sebanyak 71 peratus rakyat Malaysia berpendapat rasuah dalam kerajaan satu masalah besar, manakala 39 peratus berpendapat rasuah meningkat dalam tempoh 12 bulan lepas.

“Selain itu, laporan itu juga menunjukkan 30 peratus rakyat Malaysia merasakan kerajaan tidak melakukan yang terbaik dalam memerangi rasuah dan 13 peratus pernah memberi wang suapan dalam perkhidmatan awam dalam tempoh 12 bulan yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam laporan itu juga menunjukkan kadar kepuasan terhadap SPRM pula berada pada paras 74 peratus selain 25 peratus lagi berpendapat bahawa Perdana Menteri adalah korup.

Jumlah berkenaan disifatkan lebih tinggi berbanding sembilan negara Asia yang lain iaitu Taiwan (24 peratus); Maldives (22 peratus); Bangladesh (20 peratus); Indonesia (20 peratus); Myanmar (18 peratus); China (15 peratus); Vietnam (lapan peratus), Filipina (tujuh peratus) dan Kemboja (tujuh peratus).

Kah Woh dalam masa yang sama berkata, keberkesanan Pelan Pencegah Rasuah Kebangsaan (NACP) juga perlu dikaji memandangkan tempoh soal selidik laporan ini adalah dalam tempoh masa pelaksanaan NACP.

“Faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini harus dikenal pasti dan usaha ke arah membanteras rasuah perlu dipertingkatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya