Siti Nurhaliza hamil anak lelaki - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza hamil anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan dia sedang hamil bayi lelaki.

Siti Nurhaliza, 41, berkata, dia sememangnya mengharapkan anak lelaki dan bersyukur apabila Allah memakbulkan doanya itu.

“Semestinya saya gembira dapat anak lelaki. Tetapi apa yang saya doakan agar kelahiran ini dipermudahkan dan bayi lahir dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.

Siti Nurhaliza mengumumkan berita gembira itu ketika siaran langsung di aplikasi e-dagang, Shopee secara eksklusif sebentar tadi.

Awal Disember lalu, Siti Nurhaliza mengumumkan dia sedang hamil empat bulan selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Sementara itu, Siti Nurhaliza juga mengumumkan bakal menamakan anak bermula huruf A selepas tujuh hari kelahiran sama seperti puteri sulung, Aafiyah.

Suri hati Malaysia ini berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan anugerah Tuhan terindah itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya