Sembilan lelaki ditahan leka judi laga ayam - Utusan Malaysia

Sembilan lelaki ditahan leka judi laga ayam

ANTARA sembilan lelaki yang ditahan ketika leka menyabung ayam di sebuah reban di Kampung Pak Madah di Marang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sembilan lelaki termasuk yang berusia 53 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi sabung ayam di sebuah reban di Kampung Pak Madah di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua yang ditangkap berusia antara 20 hingga 53 tahun dari daerah ini, Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, serbuan membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah di samping Balai Polis Marang, Bukit Payung di samping Wakaf Tapai bersama pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). 

“Kesemua suspek mengaku terlibat dengan perjudian laga ayam. 

“Polis turut merampas lapan ayam jantan, tujuh sangkar, lapan unit taji, segulung getah di samping wang RM100,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mohd. Zain berkata, siasatan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -UTUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.