Sediakan vaksin percuma untuk seluruh rakyat Malaysia

Sediakan vaksin percuma untuk seluruh rakyat Malaysia

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mencontohi negara jiran, Indonesia yang mengutamakan seluruh rakyatnya untuk menerima vaksin Covid-19.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak minta penjelasan yang lebih terperinci dan lebih mudah difahami daripada pihak kerajaan yang tampil dengan kenyataan berbeza-beza mengenai vaksin Covid-19.

“Perdana Menteri harus mengambil iktibar daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang telah mengutamakan peruntukan pembiayaan vaksin di dalam belanjawan negara mereka.

“Rakyat hanya ingin tahu sekiranya Kerajaan Persekutuan akan memberikan vaksin secara percuma kepada semua. Beberapa kenyataan yang mengelirukan mengenai peruntukan dan perancangan sebenar yang pernah dibahas di Dewan Rakyat sebelum ini masih tidak memberikan jawapan yang memuaskan,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa RM3 bilion adalah anggaran keseluruhan untuk pelbagai vaksin Covid-19 dan bukan hanya dari Pfizer, untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk negara ini.

Namun, beliau kemudian menyatakan pada 22 Disember, RM2.05 bilion telah diperuntukkan untuk vaksin 26.5 juta rakyat Malaysia, atau sekitar 82.8 peratus penduduk.

Bagaimanapun, Farhash Wafa Salvador menggesa kerajaan Perikatan Nasional menggalas tanggungjawab menyediakan peruntukan bagi vaksin seluruh rakyat Malaysia.

“Komitmen kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19 harus merangkumi kos vaksinasi kepada semua rakyat Malaysia. Adakah alasan berselindung di sebalik perjanjian kerahsiaan akan membenarkan pengeluar vaksin mengambil keuntungan berlebihan?” soalnya.

Khairy menjelaskan bahawa pihaknya tidak boleh perincikan harga pembelian vaksin kerana ia tertakhluk di bawah syarat kerahsiaan. 

Walaupun begitu, Farhash Wafa Salvador juga turut mempersoalkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan adalah lebih tinggi berbanding negara lain selepas pendedahan satu negara yang mendapat vaksin tersebut dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang dirunding Malaysia.

“Mengapa kerajaan PN tidak boleh memperuntukkan perbelanjaan vaksin dengan lebih berhemah agar seluruh rakyat Malaysia dapat secara percuma? Ini berikutan pendedahan tidak sengaja oleh setiausaha negara Belgium, Eva De Bleeker, bahawa negaranya membayar €12 (kira-kira RM60) setiap dos untuk vaksin Pfizer,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya