Satu lagi kematian dicatat akibat denggi di NS - Utusan Malaysia

Satu lagi kematian dicatat akibat denggi di NS

S. Veerapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu lagi kematian akibat denggi dicatatkan di negeri ini menjadikan kumulatif kematian denggi sebanyak 9 kes sehingga 5 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, bilangan kes denggi yang didaftarkan di negeri ini pada minggu ke-49 iaitu dari 29 November hingga 5 Disember adalah sebanyak 26 kes.

“Ini menjadikan kumulatif kes denggi yang didaftarkan sehingga minggu ke-49 adalah sebanyak 2,816 kes berbanding 2,153 kes sehingga minggu yang sama tahun 2019.

“Terdapat peningkatan kes sebanyak 30.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Veerapan berkata, taburan kumulatif kes denggi mengikut daerah menunjukkan sebanyak 2,408 kes dicatatkan di daerah Seremban, 96 kes di daerah Tampin, 88 kes di daerah Port Dickson, 78 kes di daerah Jempol, 67 kes di daerah Rembau, 53 kes di daerah Jelebu dan 26 kes di daerah Kuala Pilah.

Menurutnya, kumulatif lokaliti wabak yang masih aktif ialah sebanyak 10 lokaliti wabak di mana sembilan lokaliti wabak di daerah Seremban dan satu lokaliti wabak di daerah Tampin.

“Masyarakat digalakkan untuk melaksanakan pembersihan kawasan premis masing-masing 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat-tempat atau bekas-bekas yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk Aedes sekaligus dapat mengekang penularan demam denggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.