Rampasan terbesar 4 tan daun ketum di Gerik - Utusan Malaysia

Rampasan terbesar 4 tan daun ketum di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum dari Kedah ke Kelantan menggunakan lori gagal apabila kenderaan dinaiki mereka ditahan di Kilometer 17, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli berhampiran Sungai Lebey di sini kelmarin.

Suspek berusia 46 dan 52 tahun itu ditahan semasa pemeriksaan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik pada pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, sebanyak 800 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 4,000 kilogram ditemukan di bahagian belakang lori lima tan itu.

Katanya, siasatan mendapati bekalan daun ketum itu diperoleh dari Kedah untuk dibawa pulang ke Kelantan menggunakan lori yang disewa.

“Kedua-dua suspek berasal dari Kelantan dan menerima upah sebanyak RM1,000 seorang untuk membawa ketum yang diambil dari Kedah .

“Siasatan mendapati, mereka hanya menerima upah membawa daun ketum itu di mana urusan menyewa kenderaan dan membawa masuk barang ke dalam lori diuruskan pihak lain,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Gerik di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya