Putu halba sinonim kuih musim tengkujuh - Utusan Malaysia

Putu halba sinonim kuih musim tengkujuh

FAUZIAH Mustapa menunjukkan putu halba berinti serunding daging di gerainya di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Putu halba, sejenis kuih diperbuat daripada ubi kayu parut yang sinonim sebagai kuih musim tengkujuh kebiasaannya berintikan gula melaka atau disebut ‘kerek nise’.

Bagaimanapun seorang peniaga di Kampung Penambang di sini membuat kelainan apabila menjual putu halba berintikan serunding daging.

Fauziah Mustapa, 31, berkata, inti serunding daging itu diilhamkan arwah ibu angkatnya, Asmah Ibrahim, 52, yang amat menggemari serunding daging.

Katanya, ibu angkat yang sudah meninggal dunia dua tahun lalu itu cuba meletakkan serunding sebagai inti putu halba dan tidak menyangka sesuai untuk kuih itu.

“Saya dan ibu angkat mula menjual putu halba serunding sejak 10 tahun. Ini merupakan antara pilihan lain kepada pelanggan untuk membeli putu halba.

“Meskipun menggunakan serunding, sedikit gula melaka tetap dimasukkan sebagai inti agar ada rasa manis ketika menikmati kuih ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Fauziah, putu halba serunding itu dijual pada harga RM1.50 sebiji dan setakat ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Katanya, dia yang dibantu bapa angkatnya, Mohd. Azmi Puteh, 60, boleh menghasilkan sebanyak 100 biji putu halba serunding daging untuk dijual di gerainya setiap hari.

“Saya juga ada menjual putu halba berintikan gula melaka dan dijual pada harga RM2 untuk tiga biji kuih dan sebanyak 200 hingga 300 biji terjual dalam sehari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya