Presiden Pas mendapat perkenan menghadap Sultan Perak esok - Utusan Malaysia

Presiden Pas mendapat perkenan menghadap Sultan Perak esok

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas empat hari, akhirnya Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk menerima menghadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi akan menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta di sini pada pukul 11 pagi esok.

Sebelum ini, Abdul Hadi menghantar surat memohon menghadap Sultan Perak pada 10 Disember lalu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda pada Selasa lalu ketika kemelut politik Perak.

Tiga ADUN Pas itu ialah ADUN Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Mohd. Khalil Yahaya.

Razman yang mengulas tindakan mereka berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk kepemimpinan parti.

Berikutan itu, tiga ADUN Pas itu menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak atas kekhilafan mereka kerana tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN