Portfolio exco Perak dirombak - Utusan Malaysia

Portfolio exco Perak dirombak

SAARANI Mohamad ditemui pemberita selepas istiadat angkat sumpah jawatan exco lima ADUN di Istana Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Beberapa portfolio melibatkan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Perak yang baharu akan mengalami perubahan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, portfolio baharu itu akan diketahui selewat-lewatnya dalam mesyuarat mingguan exco pada Rabu depan.

“Bagi pembahagian portfolio ini, kita akan lihat dahulu. Pertamanya disebabkan ada pertukaran seorang exco baharu iaitu Datuk Zainol Fadzi dan yang kedua, saya kena lihat balik tentang kesesuaian. 

“Saya perlu melihat tentang kesesuaian bagi setiap individu yang dilantik dan juga perlu bersesuaian dengan perancangan pembangunan kerajaan.

“Jadi sudah tentu ada sedikit pindaan dan tambahan pada portfolio itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas istiadat angkat sumpah jawatan exco di Istana Kinta di sini hari ini.

Lima exco di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dikekalkan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri Perak yang baharu.

Mereka yang mengangkat sumpah jawatan exco hari ini ialah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamaruddin.

Turut kekal sebagai exco  ialah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dari Bersatu serta Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari UMNO.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut dilakukan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini hari ini.

Selain Saarani, istiadat itu turut dihadiri Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Lima exco yang telah mengangkat sumpah jawatan sebelum ini ialah empat ADUN UMNO iaitu Datuk Mohd. Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr. Wan Norashikin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Seorang lagi Exco kerajaan negeri yang dilantik ialah ADUN Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang merupakan muka baharu

Zainol Fadzi adalah exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. -UTUSAN ONLINE

SAARANI Mohamad ditemui pemberita selepas istiadat angkat sumpah jawatan exco lima ADUN di Istana Kinta di Ipoh hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.