Polis siasat video hina lagu kebangsaan Indonesia - Utusan Malaysia

Polis siasat video hina lagu kebangsaan Indonesia

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Satu siasatan telah dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu video memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan dijalankan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak kelmarin berhubung perkara itu.

Kata beliau, siasatan akan dilakukan di bawah sekyen 4(1) akta hasutan.

“Jika sabit kesalahan individu berkenaan boleh penjara lima tahun.

“Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu tidak bertanggungjawab dan tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Malaysia mengutuk keras tindakan provokasi negatif yang cuba menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia menerusi satu video, yang menghina negara jiran itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui kenyataan malam tadi menegaskan pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat video yang tular berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan satu video yang didakwa dimuat naik oleh warganegara Malaysia dan didakwa memperlekehkan serta menghina Indonesia.

Sebelum itu, satu video, dimuat naik dua minggu lalu oleh individu tidak bertanggungjawab di ruang komentar di laman YouTube My Asean pada ruangan komen, memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.

Video di ruang komen di YouTube berkenaan dipadamkan, namun dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform media sosial lain di Indonesia, menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.