PN harus bincang elak pertindihan kerusi - Utusan Malaysia

PN harus bincang elak pertindihan kerusi

Dr Sivamurugan Pandian
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) harus menyelesaikan isu pengagihan kerusi antara parti bagi mengelakkan isu pertindihan antara satu sama lain menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, kerjasama antara tiga parti perikatan itu tidak seharusnya hanya berteraskan pembentukan kerajaan.

“Penyatuan kesemua parti itu haruslah berdasarkan kepada prinsip perjuangan dan bukan untuk menubuhkan kerajaan semata-mata.

“Kenal pasti isu atau kelemahan parti dan atasi perkara itu secara jujur dan ikhlas. Masalah mengenai pengagihan kerusi juga harus diselesaikan bagi mengelakkan timbul isu pertindihan kerusi antara satu sama lain,” katanya.

Tambah beliau, setiap permasalahan harus mendapat penyelesaian dengan meminimumkan perbezaan serta budaya sabotaj.

“Unsur sabotaj, membuli dan provokasi dalaman juga perlu dielakkan agar semua dapat merasakan peranan dan kepentingan masing-masing untuk pertahan gabungan besar ini,” ujarnya.

Sementara itu seorang lagi penganalisis politik, Dr. Ainul Adzellie Hasnul berkata, PN harus bertindak lebih matang dan memperbanyakkan perbincangan bagi mengelak salah faham yang boleh menggoyahkan kerjasama dengan satu sama lain.

Beliau berkata, rundingan antara tiga parti berkenaan dan Pas harus diadakan selalu.

“Saya berpendapat PN harus mengambil iktibar daripada senario di Perak baru-baru ini apabila permuafakatan itu dilihat tidak utuh seperti sebelum ini sehingga menumbangkan kerajaan negeri terdahulu.

“Para pemimpin daripada parti-parti berkenaan harus duduk dan terbuka untuk membuka perbincangan supaya dapat mencapai kesepakatan dalam mentadbir negara dan menjaminkan kesejahteraan rakyat,” katanya semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN