PKPD: Kerajaan tunggu penilaian untuk PKJ, Jasin - Utusan Malaysia

PKPD: Kerajaan tunggu penilaian untuk PKJ, Jasin

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Koreksional Jasin (PKJ) boleh dilaksanakan sekiranya terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan yang melakukan penilaian risiko di lokasi itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut kebiasaanya akan dibentangkan Kementerian Kesihatan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Hari Isnin ini kita ada Mesyuarat Khas MKN, jadi saya tunggulah kalau ada cadangan (PKPD) di penjara tersebut, tapi biasanya apa yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan kita akan setuju.

“Ini kerana mereka yang membuat penilaian sesuatu tempat itu perlu diadakan PKPD atau PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), semuanya melalui cadangan Kementerian Kesihatan,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kali Ke-27 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Naib Presiden Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mencadangkan supaya PKPD dilaksanakan di PKJ yang merekodkan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam masa singkat.

Ia berikutan sebanyak 98 kes baharu dalam kalangan banduan di PKJ direkodkan semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes daripada institusi itu adalah seramai 133 orang dengan 110 daripadanya warganegara.

Ujar Sulaiman, cadangan tersebut bertujuan untuk menjalankan saringan kontak rapat secara menyeluruh, kuarantin kontak rapat secara berpusat dan untuk tindakan kawalan serta pencegahan bagi mengelak penularan dalam kalangan kakitangan dan komuniti. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.