Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu 'Sarjan Fairul' - Utusan Malaysia

Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu ‘Sarjan Fairul’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pesara guru wanita menunggu kira-kira enam bulan untuk membuat laporan polis yang dia diperdaya sindiket Macau Scam sehingga kerugian lebih setengah juta ringgit.

Semuanya gara-gara kerana terlalu takut selepas dia didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram selepas kali pertama menerima panggilan daripada sindiket berkenaan pada 2 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Mohd. Rosni Mohd. Lazim berkata, mangsa berusia 72 tahun itu mula terjerat dengan sindiket berkenaan yang menelefon menggunakan talian rumahnya.

Katanya, pemanggil berkenaan memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Fairul’ iaitu anggota polis dari Kota Kinabalu, Sabah yang mendakwa kononnya mangsa terlibat dengan sindiket wang haram selepas polis menjumpai bungkusan yang mengandungi lapan kad pengeluaran wang automatik (ATM) atas namanya.

“Mangsa kemudiannya berhubung dengan suspek menerusi telefon bimbit dan disebabkan terlalu takut, dia hanya mengikut arahan supaya meletakkan kad bank serta nombor pin di dalam peti surat rumahnya kononnya arahan Bukit Aman.

“Pada keesokannya harinya, mangsa mendapati kad bank di dalam peti suratnya sudah tiada,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Rosni, pada 20 Julai lalu, mangsa menyemak baki wangnya di sebuah bank di sini namun mendapati wang sebanyak RM512,316.18 telah hilang.

Beliau memberitahu, mangsa yang menyedari telah ditipu sindiket Macau Scam kemudiannya membuat laporan polis di Balai Bandar Baru, Ayer Itam, di sini 20 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.