Permohonan i-Sinar mula dibuka hari ini - Utusan Malaysia

Permohonan i-Sinar mula dibuka hari ini

Pengeluaran KWSP sebelum ini dijangka memberi kesan kepada pelaburan dan pendapatan seterusnya dividen dana simpanan persaraan terbesar negara itu. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi dalam talian dibuka hari ini.

Menerusi laman web, KWSP menjelaskan terdapat dua kategori kriteria kelayakan untuk memohon i-Sinar.

Bagi kategori 1, kelayakan untuk semua pemohon kepada ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

“Untuk kategori, kriteria adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.

“Tiada dokumen sokongan diperlukan bagi kategori ini. Kelulusan secara automatik berdasarkan data KWSP. Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021,” jelas kenyataan tersebut.

Bagi kategori 2 pula, ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun selepas Mac 2020 yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan boleh memohon.

“KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu penyata gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan. Selain itu, notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa juga boleh dikemukakan.

“Sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan jika dokumen diatas tidak boleh dikemukakan dan ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021,” jelasnya.

Tambah KWSP, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat dan pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Dalam pada itu KWSP berkata, jumlah kelayakan untuk mengeluarkan wang dari i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini.

Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.

Ahli KWSP juga digalakkan mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima transaction authorisation code (TAC) di kiosk atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank adalah aktif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya