Penyanyi, pemuzik tak terima royalti diminta hubungi MyIPO - Utusan Malaysia

Penyanyi, pemuzik tak terima royalti diminta hubungi MyIPO

ROSOL Wahid (dua dari kiri) ketika meninjau kesan jalan runtuh di Kampung Kuala Por-Kampung Pasir Nering di Hulu Terengganu petang ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penyanyi dan pemuzik rakaman yang tidak tersenarai dalam 1,000 penggiat industri seni yang menerima pembayaran royalti muzik diminta tampil menghubungi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada kalangan golongan itu yang tercicir daripada senarai.

“Pihak pengurusan di Jabatan Insolvensi dan pertubuhan yang menguruskannya menghadapi kekangan kerana ketiadaan rekod.

“Jadi mereka yang rasa layak menerimanya boleh tampil kerana kerajaan mengalu-alukan pemain dan pemuzik rakaman untuk tampil kerana kita sentiasa peka serta memahami keresahan penggiat industri seni yang terkesan kerana hilang punca pendapatan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau lokasi tanah runtuh di Kampung Pasir Nering di sini hari ini.

Rosol berkata, kira-kira 1,000 penyanyi dan pemuzik rakaman bernaung di bawah badan pelesenan Recording Performers Malaysia (RPM) dan Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) akan menikmati bayaran awal tunggakan royalti pada Januari ini.

“Adalah tidak adil untuk pemain industri muzik tempatan menyalahkan mana-mana pihak berikutan bayaran permulaan royalti itu tidak dapat dibuat pada bulan ini seperti diumumkan 10 Oktober lalu.

“Bayaran penuh bagi setiap ahli adalah berbeza mengikut kadar penggunaan dan penyiaran karya mereka di stesen radio dan televisyen tempatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN