Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif - Utusan Malaysia

Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pengusaha sektor pelancongan di pulau peranginan ini disarankan lebih kreatif dalam mempromosi produk masing-masing bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan walaupun di luar musim puncak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, pengusaha terlibat boleh memperkenal inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, usaha tersebut tersebut perlu dilakukan secara berterusan dengan penggunaan pendigitalan 

“Sekarang ini mereka (pengusaha sektor pelancongan) gembira dengan kehadiran pelancong yang banyak ke Langkawi pada musim cuti sekolah ini, tapi mereka juga perlu fikir apa yang boleh dibuat untuk tarik orang datang pada luar musim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bersama pengusaha hotel Bumiputera Langkawi di Kuah,  di sini malam semalam.

Seramai 50 pengusaha hotel dijemput hadir pada sesi dialog tersebut bagi membincangkan cabaran dalam memulihkan sektor pelancongan di Pulau Lagenda itu.

Mohd. Redzuan berkata, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di pulau ini terbeban selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia apabila pelancong luar negara tidak dapat memasuki negara ini berikutan penutupan di semua pintu masuk sempadan.

“Akibatnya, ramai pengusaha terkesan dan terbeban terutamanya pengusaha kecil inap desa dan hotel apabila kehadiran pelancong berkurangan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada sesi dialog itu pula, beliau berkata, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merekodkan sebanyak 3.14 juta ketibaan pelancong di Langkawi pada 2019, berbanding 1.6 juta pelancong sehingga November lepas iaitu penurunan sebanyak 54 peratus.

Malah, katanya, pendapatan sektor pelancongan pulau ini juga hanya RM900 juta sehingga November lalu berbanding RM1.7 bilion pada 2019.

“Penurunan pendapatan sebanyak 80 peratus ini disebabkan oleh penutupan sempadan negara berikutan pandemik Covid-19,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.