Pengorbanan Ungku Aziz tiada bandingan - Utusan Malaysia

Pengorbanan Ungku Aziz tiada bandingan

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyifatkan pengorbanan Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid tidak ada bandingannya.

Kata Hasni, banyak sumbangan tokoh itu di dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

“Takziah atas pemergian negarawan ulung, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

“Semoga segala jasa dan budi Allahyarham dibalas setimpal oleh Allah di hari akhirat kelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tokoh itu meninggal dunia petang tadi di Hospital Prince Court, ibu negara kerana sakit tua.

Jenazah dijangka dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dikebumikan malam ini.

Ungku Aziz dilahirkan di London, United Kingdom (UK) pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh paling disegani khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Beliau mendapat ijazah dalam bidang ekonomi pada 1951 di Universiti Malaya (UM) Singapura sebelum memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sama di Universiti Waseda, Tokyo pada 1964.

Ungku Aziz pernah berkhidmat di Fakulti Ekonomi UM, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1965 dan pernah menjadi Dekan di fakulti itu.

Pada 1968, Allahyarham dilantik sebagai Naib Canselor UM sehingga 1988 dan menjadi Naib Canselor paling lama berkhidmat di universiti berkenaan.

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar dan pernah dianugerahkan gelaran Profesor Diraja Ekonomi (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Ungku Aziz adalah menjadi tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Selain itu, Allahyarham juga antara tokoh ekonomi yang terbabit dalam merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya