Pemuda Pas Perak sokong undi percaya MB - Utusan Malaysia

Pemuda Pas Perak sokong undi percaya MB

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYED HESHAM IDRIS

IPOH: Dewan Pemuda Pas Perak menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dibawa oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan dibahaskan dalam sidang dewan undangan negeri (DUN) Perak bermula esok.

Ketua Pemuda Pas Perak, Ahmad Faisal Mohd. Puait berkata, tindakan UMNO itu secara tidak langsung membuka ruang kepada semua ADUN untuk membuat pengundian secara ikhlas dalam mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, usul ini adalah bukti semangat setiakawan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas semakin kekal utuh.

“Usul yang dibawa UMNO ini sekali gus menafikan suara sumbang yang mengatakan ahli politik Melayu-Islam selalu bergaduh dan tidak mampu bersama.

“Usul undi percaya ini akan membuktikan peranan dan kuasa undi setiap satu ADUN untuk menyatakan pendirian masing-masing.

“ADUN yang ikhlas dan kasihankan rakyat pasti akan mengutamakan agenda rakyat bukannya peribadi dan kepentingan parti,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook Dewan Pemuda Pas Perak hari ini.

Menurut Ahmad Faisal, Pemuda Pas Perak yakin langkah yang diambil oleh ADUN UMNO itu adalah usaha bagi membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan PN stabil dan kukuh.

“Pemuda PAS Perak berharap kesatuan ummah dapat dimulakan oleh parti dominan Melayu-Islam.

“Seterusnya meluas kepada warganegara yang cintakan perdamaian dan tidak ekstrem dalam memacu kesejahteraan negara berpandukan Islam memperkukuh perpaduan,” katanya.

Terdahulu, ADUN Pengkalan Baharu dari UMNO, Abd. Manaf Hashim membawa usul undi terhadap Ahmad Faizal dalam sidang DUN Perak bermula esok.

Dalam surat kepada speaker bertarikh 18 November, Abd. Manaf berkata, Ahmad Faizal mendapat sokongan mencukupi majoriti anggota dewan, maka beliau mengajukan usul keyakinan terhadap Ahmad Faizal.

Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid dalam sidang akhbar pada Isnin lalu mengesahkan menerima usul itu dan akan dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat untuk dibahaskan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya