Pembangkang junjung kasih kesabaran Sultan Perak - Utusan Malaysia

Pembangkang junjung kasih kesabaran Sultan Perak

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pembangkang Perak merakamkan ucapan junjung kasih ke atas Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas kesabaran dan sikap baginda yang tidak memihak dalam krisis politik negeri baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Sultan Perak telah menunjukkan bagaimana istana harus berperanan dalam kerangka Perlembagaan khususnya Perkara XVI (2) Undang-Undang Tubuh (UUT) Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama.

Menurut beliau, hakikatnya menentukan apa yang disebut oleh UUT sebagai ‘seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Negeri itu’ tidak semudah yang disangka atau menyebutnya.

“Inilah barangkali yang diungkapkan sebagai manifestasi Dhillullah fil-ard, bayangan Allah di muka bumi.

“Keikhlasan dan kerja keras Sultan Perak adalah bukti apa yang berlaku di Thailand sebulan dua yang lalu sesuatu yang semestinya benar tentang sistem beraja.

“Dengan kata lain masih ada raja-raja yang baik, yang keberadaan mereka memancarkan apa yang dibayangkan oleh ungkapan Dhillullah fil-ard, The Shadow of God on Earth.

“Tidak kurang penting pendekatan yang baginda ambil adalah suatu PR yang baik buat sistem beraja, satu berita baik setelah kita menyaksikan apa yang berlaku di Thailand baru-baru ini,” katanya ketika perbahasan Belanjawan Perak 2021 dalam sidang DUN Perak hari ini.

Abdul Aziz turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad dan barisan exco atas perlantikan mereka serta undi percaya yang dizahirkan semalam.

Menurutnya, undi percaya itu kali kedua undi berlaku, sebelum ini pada tahun 1976 apabila Datuk Hussein Onn menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia di London sebagai Perdana Menteri.

“Apa pun kami tetap di sini, kami tidak akan melompat, kita istiqamah dengan ideal perjuangan kita.

“Kami adalah principled opposition dan harus jangan dilupakan bahawa pembangkang adalah sebahagian daripada sistem Westminster yang adversarial sifatnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya