Pas tak jangka ahli dewan tolak usul undi percaya - Utusan Malaysia

Pas tak jangka ahli dewan tolak usul undi percaya

RAZMAN ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pas Perak tidak menjangkakan majoriti ahli dewan undangan negeri akan mengundi menolak usul percaya ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, mereka tidak tahu siapa yang membuat perancangan bagi menggantikan menteri besar.

“Berikutan itu Pas Perak menunggu arahan daripada pucuk pimpinan mengenai kedudukan Pas dalam keadaan politik di negeri ini,” katanya dalam sidang DUN Perak di sini hari ini.

Ditanya sama ada Pas berasa dikhianati UMNO berikutan keputusan undi percaya yang tidak memihak kepada Ahmad Faizal, Razman berkata, Pas kekal dengan pendirian menyokong kerajaan negeri sedia ada.

Menurutnya, pendirian itu dibuat tanpa mengetahui perancangan yang sebenar di sebalik usul tersebut.

“Masa itu kita buat pendirian kita, kita tak tahu apa pendirian yang dibuat oleh sahabat-sahabat UMNO kita.

“Sebagai parti kerajaan, kita menyokong kerajaan yang ada. Setakat tu saja,” katanya.

Pas memiliki tiga daripada 59 kerusi DUN Perak.

Terdahulu dalam sidang DUN hari ini, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau hari ini.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali. 

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya