Operasi musnah jerat dawai di kawasan pinggir hutan

Operasi musnah jerat dawai di pinggir hutan

ABDUL KADIR ABU HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memberi tumpuan untuk memusnahkan jerat dawai yang dipasang di kawasan pinggir hutan dalam operasi bersepadu khazanah di seluruh negara pada tahun hadapan.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan memusnahkan jerat haram itu dipergiatkan bagi mengelakkan kes kecederaan melibatkan pelbagai jenis hidupan liar.

“Jerat dawai ini biasanya dipasang di kawasan tepi hutan yang mana ada rumah kongsi atau ladang.

“Mereka (penghuni rumah) dipercayai akan memasang jerat itu biasanya pada Sabtu dan Ahad untuk menangkap haiwan bagi tujuan makanan pada hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir.

Menurut Abdul Kadir, jerat yang dipasang untuk menangkap babi hutan bagaimanapun sering terkena pada hidupan liar lain seperti beruang dan kambing gurun.

“Pada tahun ini, sebanyak 653 jerat dawai telah dimusnahkan di seluruh negara,” katanya.

Selain itu, tambahnya, dalam tempoh itu juga, sebanyak 243 premis restoran eksotik telah diperiksa dan sebanyak 12 kes dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta 716. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.