Muhyiddin lawat mangsa banjir di Kemaman - Utusan Malaysia

Muhyiddin lawat mangsa banjir di Kemaman

MUHYIDDIN Yassin (kiri) bertanya khabar Rosidah Abd. Razak, 53, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di Kemaman hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 1.20 petang turut menyampaikan sumbangan kepada 487 mangsa banjir membabitkan 140 keluarga di PPS itu.

Beliau yang meluangkan masa hampir sejam di PPS tersebut sempat  beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir. 

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Zahari Md.Azahar.

Terdahulu, Perdana Menteri turut mendengar taklimat banjir yang disampaikan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya