LZS turun padang pantau agihan pakaian sekolah - Utusan Malaysia

LZS turun padang pantau agihan pakaian sekolah

ABDUL Basith (kanan) sedang membantu seorang penerima mencuba baju sekolah bagi memastikan saiz yang diterima sesuai. UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan melawat ke beberapa rumah penerima bantuan untuk melihat sendiri sama ada kumpulan sasar terbabit menerima pakaian yang berkualiti dan menepati saiz tubuh masing-masing.

Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid berkata, selain ke rumah penerima, pihaknya juga akan melawat bengkel jahitan baju sekolah tersebut di Permatang Pasir, Jugra untuk melihat kerja menjahit pakaian yang diberikan kepada penerima, selain menjalankan pemeriksaan stok pakaian sekolah yang telah siap.

“Selain asnaf, golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di daerah tersebut boleh memohon bantuan pakaian persekolahan untuk anak mereka secara dalam talian kepada anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” katanya kepada pemberita pada program Agihan Pakaian Sekolah di Kanchong Darat di sini semalam.

Terdahulu, di daerah Kuala Langat seramai 3,680 pelajar sekolah yang layak menerima bantuan pakaian sekolah dibekalkan oleh Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn.Bhd.(TERAS).

Mengulas mengenai penambahan asnaf fakir miskin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac, Abdul Basith berkata, setiap bulan purata 500 asnaf fakir miskin baharu telah didaftarkan.

“Setiap asnaf yang baharu didaftarkan, sekiranya mereka mempunyai anak yang bersekolah maka mereka layak untuk mendapat bantuan pakaian sekolah.

“Setakat ini, lebih 65,000 keluarga asnaf fakir miskin telah didaftarkan. Bagaimanapun, jika ada yang tidak sempat didaftarkan tahun ini, kita akan lakukannya tahun hadapan dan bantuan persekolahan disampaikan pada Mac 2021,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.