Lorong kanan antara Simpang Renggam, Sedenak ditutup empat bulan - Utusan Malaysia

Lorong kanan antara Simpang Renggam, Sedenak ditutup empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Lorong kanan Kilometer 50.15 hingga Kilometer 46.50 Lebuhraya PLUS iaitu antara Simpang Renggam dan Sedenak ditutup selama empat bulan bermula pukul 11 pagi ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf penghadang jalan dilaksanakan.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh tersebut, trafik di laluan berkenaan akan dilencongkan ke lorong kiri dan lorong kecemasan.

“PLUS sentiasa melakukan pelbagai usaha dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya.

“Salah satu inisiatif tersebut adalah dengan menggantikan penghadang jalan besi di bahagian tengah lebuh raya kepada tembok penghadang konkrit secara berperingkat.

“Langkah ini dibuat bagi mengelakkan insiden kenderaan berat terbabas dan memasuki laluan bertentangan,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, bagi membolehkan kerja menaik taraf penghadang jalan dilaksanakan, lorong kanan di laluan terlibat perlu ditutup sementara dan sedikit lencongan jalan perlu dilakukan.

“Sehubungan itu laluan antara Simpang Renggam dan Sedenak akan ditutup sementara selama empat bulan bermula esok hingga 4 April 2021.

“Pelanggan yang melalui laluan berkenaan dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik,” tambah kenyataan itu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.