Lelaki tersepit atas pokok macang - Utusan Malaysia

Lelaki tersepit atas pokok macang

LELAKI berusia 53 tahun dibantu anggota bomba dan penyelamat selepas kakinya tersepit pada dahan pokok machang ketika sedang menebang pokok itu di Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Lelaki berusia 53 tahun terpaksa meminta bantuan anggota bomba dan penyelamat selepas kakinya tersepit pada dahan pokok macang ketika sedang menebang pokok itu di Kampung Tun Sardon, Bukit Mertajam, di sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Mohd. Azam Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 11.43 pagi.

“Kerja menyelamatkan mangsa yang tersepit pada ketinggian kira-kira sembilan meter.

“Bahagian kaki mangsa tersepit di celah dahan ketika melakukan kerja menebang pokok machang tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, khidmat kren terpaksa digunakan bagi menyelamatkan mangsa. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya