Lelaki OKU gigih usahakan gerai makanan - Utusan Malaysia

Lelaki OKU gigih usahakan gerai makanan

PEMILIK gerai Selera Sarapan Pagi, Mat Isa A. Rahman menyediakan teh tarik yang dipesan pelanggan di gerainya di Jalan Tunku Putra, Kulim hari ini.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Lelaki orang kelainan upaya (OKU) tidak kekok untuk membancuh air terutama teh tarik walaupun hanya mempunyai sebelah tangan sahaja di gerai miliknya berhampiran Taman Kejora di Jalan Tunku Putra di sini sejak lima tahun lalu.

Pemilik gerai Selera Sarapan Pagi, Mat Isa A. Rahman, 45, berkata, dia mengusahakan gerai itu dengan isterinya, Suriani Mohamad, 38, selepas mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

“Walaupun keadaan saya seperti ini, saya tidak pernah menganggap ia sebagai satu kekurangan tetapi kekuatan pada diri untuk lebih berjaya.

“Saya kehilangan separuh tangan kiri akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1999,” katanya di sini hari ini. 

Mat Isa berkata, dia berpegang kepada prinsip di mana ada usaha, di situ ada kejayaan selain tidak menganggap kekurangan diri sebagai satu kelemahan.

“Pada mulanya saya rasa sukar juga untuk memulakan perniagaan ini tetapi semua itu saya ketepikan dan terus berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan.

“Saya bersyukur kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan yang mana saya masih membancuh air untuk pelanggan walaupun mempunyai pembantu,” ujarnya yang merupakan bapa kepada tiga orang anak.

Menurut Mat Isa, dia tetap melakukan tugas sebagai pembancuh air terutama teh tarik kerana ramai pelanggan lebih suka air dibancuhnya.

Tambahnya, kedainya dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.

“Pelbagai juadah dijual antaranya nasi lemak, kuih-muih dan pelbagai menu sarapan pagi,” katanya yang turut meminati sukan pingpong, badminton dan snuker. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.