Ketengah bantu 402 mangsa banjir Kemaman - Utusan Malaysia

Ketengah bantu 402 mangsa banjir Kemaman

RAZALI (tengah, depan) bersama sebahagian daripada penerima sumbangan bencana banjir Ketengah di dewan orang ramai Kampung Pasir Gajah di Kemaman di sini semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM120,600 kepada 402 penduduk terjejas banjir di daerah ini.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, sumbangan sebanyak RM300 setiap keluarga itu bertujuan meringankan beban mangsa banjir akibat ditimpa musibah tersebut.

“Ketengah sememangnya prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan tinggal sehelai sepinggang akibat banjir besar pada minggu lalu.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM400,000 untuk bantuan bencana banjir di wilayah Ketengah pada tahun ini iaitu di Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu di dewan orang ramai Kampung Pasir Gajah, di sini semalam.

Razali berkata, penubuhan Skuad Ambik Cakne yang terdiri daripada 74 individu daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara tidak langsung memperkasakan lagi gerak kerja Ketengah dalam membantu pengurusan bencana banjir.

Sementara itu, seorang penduduk, Said Baharudin Said Abu, 60, akan menggunakan wang tersebut untuk membeli penyembur air bertekanan tinggi bagi membersihkan kediamannya yang setiap tahun dilanda banjir. 

“Sebelum ini saya mengalami kesukaran untuk membersihkan rumah kerana keadaan lumpur yang tebal tetapi apabila ada penyembur, mudah sedikit urusan tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya