Kerjasama agensi negeri bantu saringan Covid-19 di Penjara Jelebu - Utusan Malaysia

Kerjasama agensi negeri bantu saringan Covid-19 di Penjara Jelebu

ANGGOTA petugas Penjara Jelebu sedang memasang kawat duri di sekitar pintu utama hadapan Institut Pemulihan Dadah Jabatan Penjara Malaysia Cawangan Jelebu, Negeri Sembilan hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberikan kerjasama sepenuhnya menerusi penglibatan pelbagai agensi berkaitan bagi membantu proses saringan bersasar Covid-19 di jalankan di Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Jelebu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia selepas kedua-dua lokaliti tersebut dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 10 Januari depan.

“PKPD dijalankan di lokaliti tersebut bagi memudahkan kakitangan Kementerian Kesihatan menjalankan saringan bersasar kepada semua individu berkaitan. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkaitan akan memberikan kerjasama penuh agar saringan dapat dijalankan dengan berkesan.

“Dalam pada itu, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesihatan para petugas serta individu yang terkesan dengan PKPD tersebut, insya-Allah,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Penjara Jelebu dan kuarters kakitangannya bermula 28 Disember sehingga 10 Januari tahun depan mengambil kira nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.

Tambah Ismail Sabri, sehingga 22 Disember lalu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 1,086 ujian saringan di Penjara Jelebu dan sebanyak 307 kes positif Covid-19 direkodkan.

Ia melibatkan sebanyak 305 kes dalam kalangan banduan dan dua membabitkan warden.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawat duri telah dipasang di lokaliti berkenaan oleh petugas-petugas dari Unit Kawalan Pergerakan Penjara Jelebu.

Sebelum ini, Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban turut dilaksanakan PKPD sejak 24 November lalu dan ia dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya