Kerajaan akan umum siasatan kartel daging haram - Takiyuddin

Kerajaan akan umum hasil siasatan kartel daging haram – Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Semua pihak diminta memberi sepenuhnya kepercayaan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu kartel daging haram yang kini dalam siasatan dan membawa dalang terlibat ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, siasatan berhubung isu tersebut diadakan secara menyeluruh melibatkan semua agensi terlibat.

Kata beliau, kerajaan bersikap telus dalam siasatan isu berkenaan memandangkan ia melibatkan kesejahteraan hidup umat Islam khususnya.

“Saya percaya, ini adalah isu amat besar dan hasil siasatannya akan diumumkan oleh menteri-menteri di bawah agensi terlibat malah mungkin Perdana Menteri sendiri.

“Setakat ini siasatan belum selesai,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Cek Sumbangan Kerajaan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, siasatan dijalankan menjurus kepada kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya difahamkan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat perkara ini.  

“Siasatan masih dijalankan hingga ke akar umbi,” katanya lagi.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis percaya kegiatan kartel daging import yang menggunakan label halal palsu itu melibatkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.

Setakat ini, katanya, polis menerima 13 laporan daripada orang awam di seluruh negara berhubung isu kartel daging haram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya