Johor tonjol demokrasi terbaik - Utusan Malaysia

Johor tonjol demokrasi terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor menunjukkan amalan demokrasi terbaik apabila meletakkan kepentingan rakyat tanpa mengira politik kepartian apabila mengambil kira pandangan pembangkang demi kepentingan rakyat dan negeri.

Pakatan Harapan (PH) Johor dalam kenyataan memaklumkan, beberapa cadangan dikemukakan menerusi pertemuan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Aminohuda Hassan dan pemimpin PH bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad telah mendapat maklum balas pihak kerajaan.

Katanya, ini membabitkan beberapa usaha bagi memperkasakan demokrasi dan menghormati pengundi termasuk di kawasan pembangkang.

“Yang pertama peruntukan sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang. Kedua, Jawatankuasa Pilihan Dewan dan ketiga, penyertaan semua ADUN dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah (JTPD).

“Menteri Besar telah memberi respons seperti dimaklumkan Belanjawan Johor 2021, sejumlah RM150,000 telah diperuntukkan untuk semua ADUN pembangkang dan ditambah RM50,000 secara one-off menerusi ucapan penggulungannya.

“Berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pilihan dan penyertaan ADUN-ADUN pembangkang dalam mesyuarat JTPD, beliau telah menyatakan tiada halangan tetapi perlu diangkat ke peringkat seterusnya untuk proses lanjut,” jelas kenyataan itu di sini semalam.

Kenyataan itu menambah, perkembangan itu menjadi sejarah dalam demokrasi Johor bahkan sebagai contoh terbaik bagaimana DUN telah memainkan peranan berkesan dengan meletakkan kepentingan rakyat pada kedudukan paling hadapan tanpa mengira politik kepartian.

“PH Johor percaya saat kita berhadapan Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan penjajaran politik, Johor telah mencari hikmah mengukuhkan demokrasi menerusi perlaksanaan tiga perkara di atas demi kepentingan rakyat.

“Lebih menarik, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang turut merupakan ADUN Gambir tidak bertindak sepertimana Kerajaan Johor dalam hal ehwal pengukuhan institusi demokrasi yang inklusif,” katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam sebuah sistem demokrasi yang sihat, kerajaan semasa tidak wajar bersifat angkuh kerana harus sedar mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat boleh menolak mereka pada bila-bila masa menerusi pilihan raya.

“Pada masa sama, pembangkang tidak dianggap sebagai musuh tetapi pesaing yang dihormati. Pembangkang dalam sistem Westminster disifatkan sebagai ‘His Majesty’s Loyal Opposition’ di mana eksekutif dan pembangkang dianggap sebagai sebahagian daripada sistem kerajaan Duli Yang Maha Mulia.

“Walaupun begitu, PH Johor melahirkan kekesalan apabila usul dibawa oleh ADUN Pekan Nenas agar kerajaan pada 2021 memberikan pengecualian cukai harta bagi rumah kos rendah kepada rakyat yang terkesan dengan pandemik ditewaskan menerusi undi belah bahagi 29-27,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya