Johor pastikan pembukaan sesi persekolahan tahun depan lancar

Johor pastikan pembukaan sesi persekolahan tahun depan lancar

MAZLAN BUJANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sesi persekolahan baharu di negeri ini tahun depan tidak akan terjejas walaupun terdapat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku kejadian banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang berkata, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Jelasnya, kerajaan negeri bersama agensi kerajaan terlibat mempunyai perancangan teliti bagi menangani perkara sedemikian.

“Berkaitan sekolah yang dijadikan PPS sekiranya berlaku kejadian banjir di negeri ini, itu tidak akan menjejaskan pembukaan semula sesi persekolahan baharu.

“Ini kerana kejadian sedemikian berlaku hampir setiap tahun dan pihak berwajib telah membuat persiapan diperlukan untuk menangani perkara itu.

“Berdasarkan kebiasaan, hanya sebahagian daripada sekolah yang akan digunakan ketika berlaku banjir. Kebiasaannya banjir di Johor tidak mengambil tempoh yang terlalu panjang namun ia bergantung kepada lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lagu Melayu Asli di Kompleks Yayasan Warisan Johor, di sini semalam.

Sesi persekolahan baharu itu akan melibatkan seramai 48,796 guru, 576,854 pelajar dan 1,189 sekolah di seluruh negeri.

Sementara itu, Mazlan turut memberitahu, pembukaan semula sesi persekolahan itu akan dilaksanakan dengan pemantauan berterusan dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Seperti sedia maklum, pandemik Covid-19 masih ada, namun kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor yakin dapat mengawal perkara berkenaan dengan memastikan rakyat sentiasa mematuhi SOP.

“Apabila sesi persekolahan kembali dibuka, sesi pengajaran dan pembelajaran akan kembali dibuat secara bersemuka dan bukan secara dalam talian,” katanya sambil memaklumkan waktu persekolahan kekal seperti sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya