Jenazah bakal pengantin selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah bakal pengantin selamat dikebumikan

FATIN Nabila Huda Ismail, sedih ketika hadir ke Upacara Pengebumian bakal suaminya, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin yang meninggal dunia akibat lemas ketika sedang bermandi di Pantai Alur Tuman, Marang, Terengganu. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhtaul Sakinah, Gombak, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sayu. Begitulah suasana yang menggambarkan majlis pengebumian bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31 yang dilaporkan lemas di Marang, Terengganu sabtu lalu.

Suasana itu terus menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak dan Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pada jam 10.20 pagi tadi.

Saudara-mara, Kenalan dan sahabat handai mula memenuhi kawasan perkuburan dan turut kelihatan tunang Allahyarham, Fatin Nabila Huda Ismail, 27 sugul mengiringi jenazah.

Terdahulu, mayat Naim Hariri ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang jam 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas di Pantai Kelulut, dekat Marang.

Jenazah Allahyarham dibawa dari Terengganu kira-kira pada jam 10 malam tadi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 pagi tadi. Jenazah Naim Hariri telah disembahyangkan di kediaman ahli keluarganya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya