Jangan ambil risiko redah banjir - Utusan Malaysia

Jangan ambil risiko redah banjir

ROSLEE Chik (dua kiri) berbual dengan salah seorang mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di Kemaman hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak mengambil risiko meredah banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, orang ramai disaran menggunakan laluan alternatif jika jalan dilalui mereka dinaiki air.

“Kalau sudah nampak jalan di hadapan tenggelam jangan sesekali cuba untuk meredah kerana tindakan itu sangat membahayakan nyawa.

“Gunakan laluan alternatif yang lain demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini hari ini.

Dalam pada itu, Roslee turut meminta ibu bapa agar mengawasi anak-anak dan usah membiarkan mereka bermain banjir tanpa pemantauan orang dewasa.

“Hasil tinjauan saya di beberapa lokasi banjir mendapati masih ada kanak-kanak yang dibiarkan bermain air dan bersuka ria tanpa pengawasan.

“Air kelihatan cetek tetapi kita tidak nampak paras sebenar dan mungkin ada longkang dan boleh berisiko lemas jadi apa yang penting utamakan nyawa dan keselamatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.