“Jangan ambil mudah peningkatan kluster baharu” - Sultan Ibrahim - Utusan Malaysia

“Jangan ambil mudah peningkatan kluster baharu” – Sultan Ibrahim

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan rakyat tidak mengambil mudah dengan peningkatan kluster-kluster baharu Covid-19 di negeri ini. 

Sultan Ibrahim bertitah, masyarakat ditegaskan perlu terus mematuhi amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sebelum ini, bagi membendung penularan wabak itu. 

Titah Baginda, pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan menggunakan cecair membasmi kuman adalah langkah penting perlu sentiasa diamalkan dalam memutuskan rantaian wabak itu. 

“Pada masa sama, masyarakat dinasihatkan untuk mengelak daripada menganjurkan apa-apa majlis yang mengundang orang ramai berkumpul kerana ia berisiko tinggi. 

“Jangan kita leka atau memandang ringan akan penularan wabak berkenaan,” titah Sultan Ibrahim dalam Facebook Baginda.

Semalam, Johor mencatat jumlah tiga angka bagi kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 102 kes.

Sultan Ibrahim bertitah, kegagalan mematuhi SOP akan menyebabkan berlakunya peningkatan kes seterusnya memberi pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat. 

“Masyarakat juga perlu menjaga kesihatan ahli keluarga dengan mengamalkan SOP serta jangan mendedahkan kanak-kanak dan ibu bapa kepada bahaya jangkitan,” titah Baginda. 

Baginda bertitah, penularan wabak Covid-19 ini adalah ujian daripada Allah yang sedang menguji hamba-hambanya di muka bumi ini.

“Setiap ujian yang melanda, pasti mempunyai hikmah yang tersendiri,” titah Baginda. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya