Ini soal perut rakyat - Utusan Malaysia

Ini soal perut rakyat

MUHAMMAD FAIZ HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Urusan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya dipermudahkan kerana itu merupakan duit rakyat dan kerajaan hanya sebagai pemegang amanah.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, apa yang diminta oleh rakyat bukan duit kerajaan.

“Permudahkanlah pengeluaran duit KWSP kerana ramai rakyat yang terjejas ketika ini, ramai rakyat yang tidak lepas bayar kereta, rumah, bil elektrik dan ada juga kes tidak lepas beli susu anak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, KWSP mengumumkan permohonan i-Sinar dalam talian akan dibuka bermula 21 Disember ini membabitkan dua kategori kriteria kelayakan pemohon yang turut menetapkan beberapa syarat kepada pencarum.

Bagaimanapun keputusan KWSP tersebut mendapat kritikan dari rakyat khususnya golongan pencarum yang mahu pengeluarannya dipermudahkan dan tanpa syarat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.