Ingkar SOP : Polis pertingkat pemeriksaan, pemantauan  - Utusan Malaysia

Ingkar SOP : Polis pertingkat pemeriksaan, pemantauan 

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan jumlah pemeriksaan dan pemantauan sempena cuti tahun baharu ini bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, pemantauan mendapati masih ada yang leka dan kurang mengambil berat mengenai aspek pematuhan SOP susulan statistik kes baharu positif Covid-19 semakin meningkat.

Justeru, ujarnya, masyarakat diingatkan supaya mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam komuniti serta mengelakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dekat (3S) dalam aktiviti harian.

“Sempena cuti hujung tahun dan musim perayaan, pasti ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman dan berkunjung ke tempat-tempat peranginan serta mengadakan majlis keramaian.

“Justeru, tidak dinafikan aktiviti sedemikian akan mewujudkan situasi di mana orang ramai akan berkumpul dalam bilangan yang ramai. Jadi, tindakan tegas akan diambil ke atas individu-individu yang didapati mengingkari peraturan tersebut,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.