Imej Islam buruk kerana Pas - Pemuda Amanah Kelantan

Imej Islam buruk kerana Pas – Pemuda Amanah Kelantan

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kes cabul membabitkan individu bergelar ‘ustaz’ di negeri ini baru-baru ini disifatkan sebagai contoh kegagalan Pas dalam melaksanakan pentadbiran Islam dan mengekalkan kegemilangan kepimpinan ulama terdahulu.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Hazmi Hassan berkata, Pas bukan sahaja gagal mengembangkan syiar Islam, malah menjadikan imej agama ini lebih buruk selepas tiga dekad mentadbir Kelantan.

Menurut Hazmi, situasi paling mudah bagi membuktikan dakwaan beliau adalah keadaan longkang di pusat bandar ini yang masih dipenuhi sampah-sarap dan tidak diselenggara dengan baik.

Tambah beliau, peningkatan gejala sosial seperti kes cabul dan rogol pula dilihat sebagai perkembangan ‘menakutkan’ dan bertentangan dengan imej Kelantan yang digelar sebagai Negeri Serambi Mekah.

“Di Kelantan hari ini macam-macam kes kita dengar, dan baru-baru ini ada satu kes melibatkan seorang ustaz yang buat kita nak hantar anak ke pondok pun jadi takut.

“Kalau seorang tok guru pondok pun kita sudah tak boleh percaya, bagaimana Islam di Kelantan dapat berkembang sebagaimana satu ketika dulu,” katanya ketika menjadi tetamu Program Tanwir Online Amanah, di sini semalam.

Turut menjadi tetamu dalam program disiarkan secara langsung menerusi Facebook Amanah Kelantan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat Pakar Amanah, Dr. Mohamad Kamil Ab. Majid. 

Topik perbincangan mereka adalah ‘Masa Depan Islam di Kelantan’.

Mengulas lanjut, Hazmi berkata, selain sampah dan gejala sosial, masalah yang gagal diselesaikan Pas di Kelantan sehingga kini antaranya adalah isu bekalan air bersih dan kemiskinan.

“Ketika kualiti perkhidmatan kepada rakyat masih amat mengecewakan, pimpinan negeri masih sempat memikirkan soal kenaikan gaji sendiri di samping melaram dengan kereta mewah Mercedes Benz,” katanya.

Sementara itu, Dr. Mohamad Kamil berkata, jika Pas Kelantan tidak berubah sikap dan enggan mendengar teguran, tidak mustahil legasi kepimpinan ulama dimulakan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal terkubur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya