Ibu tunggal hasilkan pulut panggang daripada kulit popia - Utusan Malaysia

Ibu tunggal hasilkan pulut panggang daripada kulit popia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kesukaran mencari daun pisang mendorong seorang ibu tunggal 10 anak dari Kampung Jenang di sini menghasilkan kuih pulut panggang dengan menggunakan kulit popia bagi tujuan jualan.

Kreativiti Zaharah Deraman, 56, mengolah hidangan itu membolehkan produk kuih sejuk bekunya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dengan jualan tertinggi mencecah 400 bungkus dalam sebulan.

Dia yang sudah empat tahun mengusahakan perniagaan itu secara sambilan berkata, permintaan terhadap popia pulut merupakan yang tertinggi berbanding dua produk lain iaitu donut dan karipap.

Zaharah Deraman, menggunakan kreativitinya menghasilkan pulut panggang daripada popia kerana kehabisan daun pisang dan produk kuih sejuk bekunya itu laris terjual sehingga 400 bungkus.

“Idea ini direka sebab saya kehabisan daun pisang dan tidak sangka berjaya memenuhi cita rasa orang ramai.

“Rata-rata pelanggan gemarkan popia pulut kerana lebih mudah dimakan dan tidak melekit pada tangan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Zaharah, lazimnya proses menyiapkan popia pulut mengambil masa selama sehari dengan kerja-kerja mengukus pulut dan menyediakan sambal serunding dibuat pada sebelah pagi diikuti kerja-kerja menggulung dengan kulit popia (malam).

Katanya, pulut perlu dikukus sebanyak dua kali bagi memastikan tahap ketahanan kuih sejuk beku itu.

“Bagi inti kuih pula, saya menghasilkan sendiri serunding dengan menggunakan ikan selayang segar sebelum dijadikan sambal,” katanya.

Zaharah berkata, setiap bungkus popia pulut yang mengandungi 10 biji kuih itu dijual pada harga RM4 dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 017-9295851.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya