Ibu tiga beradik maut kini stabil - Utusan Malaysia

Ibu tiga beradik maut kini stabil

NUR Aimi Nadiah Abdul Rahim bersama tiga anak lelakinya yang maut dalam kemalangan berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang di Ipoh semalam. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang semalam, dilaporkan dalam keadaan stabil.

Abang kepada wanita berkenaan, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim iaitu Muhd. Jazli Aiman, 31, berkata, adiknya yang cedera parah dalam kemalangan itu kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Saya belum berkesempatan melihat Aimi namun berdasarkan maklumat oleh doktor, keadaannya stabil dan telah dipindahkan ke ICU pagi tadi,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Menurut Muhd. Jazli, ketika kejadian, Nur Aimi Nadiah bersama tiga anak lelakinya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Melaka ke Pulau Pinang.

Katanya, adik perempuannya itu tinggal berasingan dengan suami kerana bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.

“Jenazah ketiga-tiga anak saudara saya akan dibawa balik ke Sungai Putat, Melaka dan dikebumikan di sana,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafiz berusia tujuh tahun dan dua adiknya, Muhammad Lutfi Hakim serta Muhammad Affan Hafiy masing-masing berusia tiga dan satu tahun maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu Nur Aimi Nadiah terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang berada di lorong kecemasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya