Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan - Utusan Malaysia

Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan senarai 17 ahli-ahli penggal baharu majlis itu dengan Datuk Hashim Jasin mengekalkan jawatannya sebagai Mursyidul Am Pas.

Turut mengekalkan jawatan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali pula dilantik sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.

Barisan kepemimpinan tertinggi Pas pusat yang mengisi jawatan Ahli Majlis Syura itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden parti itu, Idris Ahmad.

Selain  itu, antara pemimpin lain yang mengisi jawatan Ahli Majlis Syura Ulama ialah Datuk Dr. Nik Mohamad Zawawi Salleh; Datuk Dr. Johari Mat; Datuk Mahfodz Mohamed dan Datuk Taib Azamudden Md Taib.

Antara nama lain ialah Hishamuddin Abdul Karim; Prof Madya Dr Aminurraasyid Yatiban; Datuk Dr Norhafizah Musa dan Dr. Wahibah Tahir.

Melengkapkan 17 ahli majlis tersebut ialah Ahmad Ali; Profesor Datuk Dr. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff dan Profesor Madya Dr Shukeri Mohamad.

Hashim berkata, bagi memenuhi tuntutan Fasal 8(2), (3), (4), (5), (6) dan (7), Perlembagaan Pas, Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat pada hari Isnin lalu telah mengumumkan senarai terkini 17 orang Ahli-Ahli Majlis Syura Ulama..

“Mesyuarat Majlis Syura Ulama itu juga membincangkan situasi politik semasa dan  menegaskan kepentingan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Sebagai rekod, Majlis Syura Ulama Pas menjadi hierarki tertinggi parti khususnya dalam menentukan sesuatu keputusan besar melibatkan dasar dan hubungan antara parti.

Tempoh kuasa Majlis Syura Ulama itu adalah lima tahun yang berakhir baru-baru ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.