Gempa bumi Croatia: Tiada rakyat Malaysia terjejas - Utusan Malaysia

Gempa bumi Croatia: Tiada rakyat Malaysia terjejas

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi yang melanda Petrinja,60 kilometer dari Zagreb, Croatia dalam keadaan selamat.

Dalam satu kenyataan Kementerian Luar Negeri, laporan awal diterima daripada Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb yang menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan semuanya selamat di negara terbabit.

“Tiada rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan yang dilanda gempa bumi. Kementerian Luar juga sedang memantau perkembangan bencana terbabit.

“Kementerian mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Kerajaan Crotia dan semua rakyatnya termasuk yang menjadi mangsa. Malah,” katanya, hari ini.

Rakyat Malaysia yang berada di Croatia boleh berhubung dengan kedutaan bagi mendapatkan perkembangan lanjut di talian +385-1-4834346 / +385-1-4834347.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya