Gangguan ketuk pintu, lari atas bumbung: Penduduk adakan solat hajat - Utusan Malaysia

Gangguan ketuk pintu, lari atas bumbung: Penduduk adakan solat hajat

GANGGUAN ketukan turut menghantui penduduk di Jalan 11, Pandamaran Jaya, Klang, Selangor sejak Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Susulan kejadian bunyi ketukan dan orang berlari atas bumbung yang menghantui penduduk di Pandamaran Jaya, ahli jawatankuasa masjid dan penduduk kampung berhasrat untuk mengadakan solat hajat meminta agar kejadian itu tidak berlaku lagi.

Ketua Kampung Pandamaran Jaya, Mohamad Zahiruddin Mohamad berkata, jika sebelum ini kejadian berlaku di Jalan 4, Jalan 12, Jalan 78, namun kini merebak ke Jalan 10, 77 dan 12.

“Kita juga bercadang untuk menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam sebagai langkah menghentikan gangguan berkenaan yang sehingga kini sukar dikesan sama ada dilakukan individu tertentu atau dikaitkan dengan perbuatan mistik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad Zahiruddin berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan untuk menghantar surat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk meminta kebenaran mengadakan solat berkenaan dan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Permohonan ini perlu mendapat kelulusan JAIS ekoran Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 20 Disember depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya