Exco Johor sokong gaji MB, exco dipotong - Utusan Malaysia

Exco Johor sokong gaji MB, exco dipotong

MOHD. IZHAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI:  Exco Johor menyokong cadangan agar gaji barisan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dipotong bagi tujuan Tabung Khas Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, langkah itu mencerminkan pengorbanan pemimpinan untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Saya turut menyambut baik saranan Yang Berhormat Parit Yaani, Senggarang dan Kempas yang mencadangkan agar dilaksanakan pemotongan gaji beberapa pihak terutamanya barisan kepimpinan tertinggi seperti Menteri Besar dan Exco.

“Langkah ini secara tidak langsung dapat menzahirkan keprihatinan serta pengorbanan para pemimpin atau wakil rakyat negeri ini dalam usaha membantu meringankan beban kemaslahatan Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Izhar berharap Kerajaan Negeri Johor dapat memanjangkan insentif bantuan tunai sebanyak RM200 untuk petugas barisan hadapan dalam Belanjawan Johor 2021 kepada pengamal media negeri ini. 

Katanya, langkah itu wajar diambil kerana media juga merupakan antara individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Dengan gaji pokok yang rendah, majoriti daripada mereka ini bergantung kepada pendapatan tambahan yang diperoleh menerusi bayaran elaun bahan berita yang telah disediakan dan disiarkan. 

“Selain itu, mereka turut berhadapan risiko jangkitan kerana terpaksa turun ke lapangan dalam usaha menggali informasi untuk dikongsikan kepada masyarakat umum,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya