Covid-19: Perak sedia buka lebih banyak pusat kuarantin - Utusan Malaysia

Covid-19: Perak sedia buka lebih banyak pusat kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Covid-19: Perak sedia buka lebih banyak pusat kuarantin

IPOH: Kerajaan negeri sedia membuka lebih banyak pusat kuarantin untuk menempatkan kontak rapat kes Covid-19 jika diperlukan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, setakat ini empat pusat kuarantin diaktifkan di negeri ini iaitu di Hotel Eastana, Ipoh, Hotel Fair Park, Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah Ulu Kinta dan Institut Latihan KKM, Sungkai.

Menurutnya, walaupun setakat ini belum ada sebarang cadangan untuk mengaktifkan pusat kuarantin baharu namun kerajaan negeri bersiap sedia ke arah itu.

SAARANI MOHAMAD

Beliau berkata, sehingga semalam, terdapat hanya 10 kes baru Covid-19 di Perak melibatkan enam kes di Daerah Hilir Perak, tiga di Kinta dan satu di Perak Tengah manakala kes komulatif ialah 2,857 kes dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan taburan kes mengikut daerah, terdapat lima daerah yang masih mencatatkan kes semasa Covid-19 iaitu daerah Kinta, Larut Matang Selama, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Muallim.

“Mukim Chemor dan Mukim Changkat Jong masih dikategorikan sebagai Zon Merah. Sehubungan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan berkenaan masih dikuat kuasakan sehingga 31 Disember ini.

“Enam daerah lain telah kembali menjadi daerah hijau berikutan tiada kes baru direkodkan sejak 14 hari yang lalu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di sini hari ini.

Menurut Saarani, kerajaan negeri turut mengarahkan penguat kuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB dipertingkatkan lagi oleh agensi penguatkuasa.

Beliau berkata, ini memandangkan risiko pergerakan rakyat keluar dan masuk ke negeri ini dari zon merah dari luar Perak dan penularan jangkitan wabak itu dalam kalangan komuniti yang tidak diketahui punca jangkitan.

“Kerajaan negeri turut meminta kerjasama Jabatan Tenaga Buruh agar pemantauan pematuhan SOP di kilang-kilang dipertingkatkan lagi kerana risiko berlaku kejadian kluster Covid-19 di kilang adalah tinggi,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.