Cemburu punca anggota polis serang teman wanita - Utusan Malaysia

Cemburu punca anggota polis serang teman wanita

KEADAAN wajah mangsa yang lebam dipukul.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : kerana cemburu dan berang teman wanitanya curang menyebabkan seorang anggota polis menyerang seorang wanita dalam kejadian di Bandar Puchong Jaya dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pulul 5.30 petang itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit datang ke pangsapuri wanita berusia 46 tahun itu dan dan memaksanya untuk bertemunya.

tangan mangsa turut luka dipukul suspek

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, wanita berkenaan bagaimanapun enggan bertemu anggota berkenaan menyebabkan lelaki itu bertindak memecahkan tiga kereta jenis Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan menantunya.

“Anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun kemudiannya dimaklumkan oleh jiran mereka ibunya telah dipukul dengan besi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Susulan kejadian itu, anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian dan menyebabkan suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Razali, siasatan awal mendapati, suspek mengamuk kerana cemburu apabila wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Selain itu, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.